25 June 2021 , Jumaat
Perginya seorang wira Mohd Asraf Bin Mohd Hisham Tan menghadap sang pencipta ketika cuba menyelamatnya seorang kanak-kanak daripada lemas.
Abang As dalam kenangan kami semua, meninggalkan seorang balu bersama 4 orang anak-anak yang masih kecil. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik, Mohon doa dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Pergi pada hari yang baik Jumaat, dengan niat menolong orang, Syurga buatmu Abg As.
Ketika aku masih dalam keadaan masih tidak percaya namun aku tidak menyalahkan takdir ,perkara seperti ini akan terjadi dalam keluarga kami. Tidak dapat aku bayangkan perasaan isteri arwah dan kedua ibu bapa serta adik beradiknya akan kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Anak arwah yang sulung sudah tahu maksud kematian berkali kali memanggil Abie ketika mencium jenazah buat kali terakhir. Masih terbayang air mata , ratapan dan ciuman kali terakhir dari seorang anak kecil berumur 5 tahun. Allahu. Tuhan mohon kuatkan semangat kami semua khususnya ahli keluarga arwah untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Assalamualaikum,
Tenanglah di sana wahai wira kami. Abg As sentiasa dalam doa kami buat selamanya
No comments:
Post a Comment