Monday, 21 January 2019

Cara menggunakan SHOPBACK . Bukti duit dapat RM2931.65 (Start Dari 2019- 2023)

Update 6.4.2023 , ada RM5.99 belum withdraw nk kumpul dulu





Hai, Assalamualaikum semua,

Kat sini siapa gila shopping?Sep sikit. Korang tahu tak yang korang boleh buat duit sambil shopping. Macam mana tu? Haa nak cita la ni,

Harini aku nak ajar korang cara untuk dapatkan balik duit daripada barang- barang yang korang dah beli tu. Aku start buat dari tahun 2019 , now dah 2021.

Tapi, ada syaratnya, korang mesti beli barang tersebut melalui online/ alam maya.

Sekarang ni kan dunia di hujung jari, macam-macam barang jual online je,
Klik mana nak, masuk shopping cart, buat cashout. Settle. Tunggu la korang abang posmen hantar ke rumah.

TAPI,  yang semua orang tak tahu, sebenarnya kita boleh dapat extra money dengan shopping. Caranya macam kat bawah ni, follow step by step. jangan skip . kalau tak paham jangan salahkan aku. 👀

CARA BUAT DUIT SAMBIL SHOPPING


SIGN UP >> BROWSE WEBSITE FROM SHOPBACK >> RECEIVE CASHBACK** >> WITHDRAW

**t&c duit akan masuk after 90 days of payment & confirmation receive item.

1.
Daftar di laman web ni dahulu, klik link untuk direct ke laman web Shopback. (< korang boleh click sini untuk direct ke website). Click link sini taw, automatically korang akan dapat RM5 kalau daftar guna link ni.

2. Korang kena sign up (FREE SIGN UP). Korang akan dapat RM5, bila dah sign dari link yang aku dah provide kat atas tu. Klik login/signup. (refer arrow kat gamabr bawah ni)

Click menu sign up
3. Lepaskan tu akan keluar popup mcm ni. Jadi korang pilih nak sign up guna Facebook atau Email. Aku prefer email , so aku ajar cara guna email je la okay.

Pilih sign up by email
4. Dah click sign up by email, korang type email address dekat box yang dah disediakan tu.
Type email dekat "Enter email address"
5. Key in nama dan no telefon korang. Kenapa perlu masuk no telefon ? Sebab nanti shopback akan hantar verification no dekat no telefon korang.
Key in Nama & No telefon, dah siap click NEXT
6. Next, cuba check phone korang. Akan dapat message verification code, keyin verification code dekat dalam box tu.

7. Now, keyin password yang korang nak guna masa login nanti. Make sure hafal password ni nanti nk login lupa pula. Click next bila dah siap fill up.


8. It's Done. Dah siap semua step. Akan appear macam kat bawah ni nanti. Next kita belajar macam mana nak guna shopback & dapat duit daripada shopping pulak. 



9. Dah sign up guna link ni Shopback,  korang dah boleh start shopping dari laman web yang korang nak. Contoh kat bawah ni antara website yang tawarkan shopback. Semua famous website mostly tawarkan shopback contoh : LAZADA, FAVE,ALIEXPRESS, ZALORA, SHOOPEE etc.

10. Harini aku ajar cara nak dapat cashback guna Shopee. Cara nya click pada box search dekat bahagian atas sekali tu, then clik la korang nak beli dari website mana. Contoh type Shopee.  


Type Shopee
Atau click je icon shopee. Refer arrow bawah ni. Click Icon SHOPEE.



11.  Dah clik shopee , dia akan bawa korang ke sini.  CLICK Shop Now.

Then click "Go to shopee mobile app now", Nampak leceh kan. Hahahah, memang macam tula ,sebab korang tak biasa lagi,. Kalau dah slalu buat kacangg je.



12. Dah click situ, dia akan directly bawak korang ke website shopee. Then dah pilih2 barang. Buat payment mcm biasa. Tapi apa yang aku slalu buat ialah, lepas add barang ke shopping cart.

Aku akan bukak balik shopback and buat semula dari step no 10 dan 11 kat atas ni lepastu proceed buat payment macam biasa. Bukan apa takut tak dapat claim. Yela, kita dah bukak banyak2 tab nak beli barang. Takut link payment tu bukan dari shopback. Kan dah rugi kat situ tak dapat claim duit.. 

13.  Untuk belanja/sopping dekat Shoppee cashback/duit yang korang akan dapat balik dalam 0.50% .
Semua dia ada explain dekat shopback. Rajin-rajin kan la diri membaca. Membaca jambatan ilmu gitew. Untuk first payment guna shopback dekat shopee akan dapat 6% dari total payment. Jadi untuk 1st payment memang aku pulun beli banyak2. sebab nanti dapat balik duit tu, contoh beli barang harga RM200. Akan dapat balik cash back sebanyak RM12 .

Cara kira beli RM200
Cashback for 1st customer payment 6%
RM200-94% : RM12

tapi next time beli tak dapat dah cashback 6%, akan dapat 0.50% cashback. Okay la dari takde.
Daripada dulu bodo2 je bayar. hahah lepastu satu sen pon tak dapat claim balik. Ops terciduk kamu 😝
*note untuk shop lain, cashback tak sama, semua shop berbeza nilai cashback dia, AGODA 5%,Booking.com 6%, Busonlineticket 3%. dan banyak lagi. nanti korang explore sendiri.

14. Terms and condition untuk dapat duit dari shopee.
Baca kat bawah ni.

It takes time, benda free kan. Korang akan dapat cashback dalam masa 120 hari, sabarlah menanti ye.
Sabar tu separuh daripada IMAN.

Reason dia ada deadline 120 hari tu untuk bayar cashback korang , sebab kalau beli barang kat shopee kan boleh RETURN balik and korang boleh minta seller bayar balik kalau barang damage.
Jadi kalau korang dah dapat balik duit dari seller sebab barang damage, rugi la shopback.
Free2 je bagi korang duit. Ada faham cik adik, abang ,kakak semua?


Ni pulak do and don't masa guna shopback untuk SHOPEE je, yang lain-lain shop baca sendiri la , penat nak type. Lain kedai lain terms and condition dia.


15. Antara website lain yang boleh guna shopback, ada 500 plus shop yang boleh dapat cashback.
and now BOOST pon dah ada. Boost ni mcm beg duit korang la, korang topup duit dekat application BOOST, then boleh guna buat bayar isi minyak kat stesen minyak, bayar bill, beli tiket wayang. Guna BOOST pon boleh dapat duit uols, hahahahah. Ni nanti aku ajar lain hari la. Nanti aku tag sini link dia,. Mengikut kerajinan nak tulis la ya. Rajin2 la tengok blog aku utk dapat update terkini. (ni pon kacang je , semudah ABC)
antara list of website yang provide shopback . ada  lebih 500++ online store




16.  Antara nilai dah dapat claim duit dari shopback. Aku punya terlibat jugak la tu, aku slalu sopping kat SGshop (laman web jual barang direct dari CHINA nak blaja click sini Cara beli barang dari SGSHOP (barang direct dari china), Shopee, Hermo , AGODA, BOOKING.COM, BUS ONLINE TICKET, lain shop x penah try.


17.  Ni bukti duit yang aku akan dapat. Yang pending ada RM99.60 lagi, Belum approved lagi sebab belum sampai 90 hari. FYI duit akan masuk dekat shopback bila dah 90 hari dari tarikh pembelian. 
yang dah approve RM2.68, pending RM99.60


Add caption
Update 3.10.2019. Dah withdraw RM136.61 ,balance pending RM 373.96 uols. Hasil kaki shopping. hahha
Update 16.10.2019 Payment yang dah approve. Bila dah dapat email macam ni korang dah boleh withdraw.


latest update panas dr ladang 30.1.2020. Ni ha bukti dah withdraw RM506.53, balance lagi RM198.77 tunggu approval from shopback je. Once approve dah boleh withdraw.
ni pulak bukti amount yang dah withdraw. Minimum withdraw duit yang clear (Available Balance) kena at least RM10 ke atas ya.

update 15.6.2020 , wuhuuuu. dah withdraw RM801.91 . ada pending lagi RM167.93
Update 24.7.2020, bukan nak riak ,tp nak bagi semangat kat korang, sikit2 lama2 jadi bukit.
 
Bila korang dah dapat email dari shopback macam gambar kat atas ni. Korang dah boleh proceed untuk withdraw kan korang punya duit. Nak tahu cara nak withdraw duit? Tak kan nak biar situ je kan duit ni. Meh aku ajar on the next post.

Hi, korang aku dah update cara nak withdraw duit dari account shopback. Click link ni untuk tengok cara-cara nak withdraw okay ? ⤵

⮞Cara withdraw duit guna account Shopback


Aku listkan link kat bawah, mana tahu mood membaca turn on. Sila la baca apa yang aku membebel kat sini.

Cara beli barang di shopee

Jawab survey dapat duit

Aku terkena, scammer on carousel

Stokin Korea

Shopping SOGO dapat Cashback $$

25 comments:

  1. Sory sy nak tnya .. mksdnya klau kita beli dkt shopee and kdai seller tu lnsng xde bli .. mksdnya sy pmbli prtama .. adkh sy akn ttp dpt cashback ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkesah kedai tu dah ada pembeli atau tidak tetap akan dapat shopback.
      Maksud 1st customer tu, awak first time guna shopback beli barang dari shopee. (yang ni dapat claim shopback 6%).
      2nd time beli barang guna account shopee beli barang dari shopee dah tak di kira 1st customer dah (yang ni dapat claim shopback 0.5%)

      Delete
    2. sorry ada typo,

      2nd time beli barang guna account shopback beli barang dari shopee dah tak di kira 1st customer dah (yang ni dapat claim shopback 0.5%)

      Delete
  2. Salam..nk tnya,mcm mna nak tukar email baru di shopback ya sebab email lama dah tk guna

    ReplyDelete
  3. hi, email memang tak boleh ubah sendiri, tapi awak kena inform support untuk tolong update kan.
    click sini https://v2.zopim.com/widget/popout.html?key=4K4lAz0vj138UXVp7sgjsQ3hq9w4xx42

    atau bukak acc shopback, click help dekat bahagian bawah skali , tulis ni (how do I update my email address?), then klik link yang dia beri utk chatting dengan support dia. harap membantu :)

    ReplyDelete
  4. Kena install ke apps shopback tu kat playstore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar dari website pon boleh, lagi senang nak keyin data. nah link

      https://app.shopback.com/mys?raf=mxtdFk&slug=referred-signup-bonus

      Delete
    2. once dah daftar guna PC/desktop/laptop , depends nk download dekat playstore atau tak terpulang, sebab shopback boleh guna dekat PC/laptop/desktop dan juga apps dekat phone.
      mana satu yang mudah bagi awak.

      Delete
  5. Hai nak tanya, tadi saya beli pakai apps shopback. Lepastu, saya lepas direct ke shopee terus buka add cart yang saya dah ready nak beli apa. Lepastu, saya dah buat payment tapi takde pulak keluar pending shopback tu? Kenapa ye? Dia dikira beli kat shopee ke? Sebab saya lepasje tekan shopback terus tekan addcart and buat payment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, firstly , awk bukak shopback kan , then baru click shopee, jadi rasa x ada masalah,duit cashback dah masuk ke shopback ,cuma biasanya shopback ni kadang-kadang lambat update kat sistem dia,

      tapi apa yang saya slalu buat, bila nak buat payment saya akan login balik dari shopback , then click shopee, baru buat payment. next time buat macam ni, comfirm tak risau dah ,duit masuk atau tak kat account shopback tu.

      Delete
  6. Hi. saya nak tanya, macam mana kita nak trace order shopee dgn amount cashback di cashback app? Sbb saya ada rejected cashback, so nak buat double check dgn shopback. tapi dia mintak proof of order. so macam mana nak tahu amount tu utk order yg mana? Please bagi solution hee thanks in advance 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, afifah. ya memamg shopback akan request proof of order. saya tak pernah kena kes macam ni, so tak sure sangat.

      amount cashback yang rejected tu dari kedai apa,kalau dari shopee,
      cuba tgok tarikh rejected tu bulan brapa, contoh kalau bulan April punya pembelian, try an error satu2 pembelian dekat shopee yang untuk bulan April sahaja dan darab dengan percentage cashback utk shopeee 0.20% , baru dapat tahu item apa yang rejected tu,

      dah tahu, save bukti pembelian yang successfull tu and hantar ke shopback.

      ni just suggestion je, ni je cara yang saya nampak ,huhu, hope membantu

      Delete
  7. nak tanya... kalau kita jemput org kan dapat rm5 setiap sorang pastu duit tuu dlm pending earning ... pastu mcm mana nk bagi duit tuu jadi avaible supaya boleh withdrawal duit tuu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cuba tengok dekat menu (refer & earn) , biasanya akan shown brapa percent complete sblum dapat pending earn tu contoh sbb orang yg awak jemput tu belum siapkan 5 item ni .
      utk dapatkan duit pending tu 5 item ni kwn yang awk jemput emsti dah complete kan ni semua skali.

      1.Your friend has spent RM25 and have his or her Cashback confirmed
      2. Your friend has added his or her withdrawal details
      3. Your friend has signed up using your link or code
      4. You friend have RM10 confirmed Cashback from purchases
      5. You friend have added your withdrawal details

      harap membantu

      Delete
    2. correction
      4. You have RM10 confirmed Cashback from purchases
      5. You have added your withdrawal details

      Delete
    3. kita share link lepastu kawan dwld kita boleh dapat duit ?

      Delete
    4. ye btul tu eisya, tapi ada condition untuk awak dapat duit RM 5 tu, kawan mesti dah complete buat ni semua.

      1. Dah sign up guna link code awak
      2. dah add withdraw detail/bank detail dia
      3. Dah beli barang dari kedai yang shopback approve paling sikit rm25 dan dia dah dapat shopback dia.

      kalau semua 3 diatas dah complete, baru awak akan dapat rm5.

      Delete
  8. Hi nak tanya, if kita beli di shopee thru shopback tapi bila bayar guna shopeepay boleh dapat tak cashback?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hanis, boleh je, janji jangan lupa click shopback sebelum checkout

      Delete
  9. hi saya nak tanya kalau kita share link cashback ni yang dapat rm 5 tu bagi dekat kawan then dia dwld guna link tu nanti kita ada dapat duit ke ?

    ReplyDelete
  10. Hello nak tanya kalau orang tu tak ada account bank boleh jugak ke guna shopback? Dapat tak duit tu masuk tanpa account bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi bole je xde account bank kalau nak guna shopback. cuma nanti masa nak withdraw duit dari shopback kane letak bank account juga.

      Delete
  11. Kalau dah lama shopping tapi baru nak install shopback boleh claim backdated ke.. Banyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bole. sebab stiap kali nk buat payment dari shopee kena klik shopback dulu, baru akan dapat duit tu. nanti baca dari item no 9 sampai item no 12 untuk lebih fahami,

      Delete