Tuesday, 22 September 2020

JALAN-JALAN WITH ASB : SHORT TRIP TO PUTUO VILLAGE, KULAI (ENTRANCE FEE RM5)

Date : 22hb September 2020.

Hi, harini aku nak share tempat menarik di Johor, kita start dengan Putuo Village, last few weeks ni viral berkenaan tempat ni. 

Untuk pengetahuan korang, Putuo Village berada di Kulai, Johor. 

Kalau driving tu dalam 45 minit je dari bandar Johor Bahru. Laluan boleh pilih lalu highway atau jalan lama,depends pada korang la nak ikot mana. 

Sedikit info berkenaan Putuo Village,(sumber sah dari Tourism Malaysia). Jadi datang sini sila jaga adab dan hormat tempat suci ni ya.

Tempat ini didiami oleh penganut ajaran Buddha yang mempunyai banyak sejarah dan lagenda. Terletak di kawasan hutan buluh dan diletakkan Dewa Guanyin di dalam kuil. Cundhi Guayin yang berada di Putuo Village juga dikatakan dewa tertinggi di Asia Tenggara.

Oleh itu, perkampungan Putuo ini dibina atas tradisi unik dan kemewahan kaum Buddha dari segi seni dan penceritaan bagi menarik pelancong yang inginkan keindahan dan kedamaian alam semula jadi.

Dah rasa macam berilmu sikit kan? So, lets get started,

Bayaran masuk RM 5 untuk dewasa. Kanak2 tak sure pulak. Harga tak yahudi don't worry. Confirm mampu bayar.

 Waktu Operasi: 8:30 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)

📍Alamat: Lot 1488, Jalan Inas Taib Andak, Off Jalan Kulai Kota Tinggi, 81000 Kulai Johor

☎️ No. Telefon: 07-213 3398

Info lanjut sila layari laman sesawang: www.putuovillage.com.my

Sebelum nak masuk macam biasa, kena scan barcode guna MySejahtera la, kalau belum donwnload tu, sila la download ye, nah dah tepek link, mysejahtera

Dan pak cik guard akan scan setiap sorang passanger. Make sure pakai mask ya, kalau tak ada ramai org nak amik gambar bukak sesaat then cepat2 pakai semula. Jom kita tangani covid 19 sama2. #kitajagakita

Jom layan gambar, banyak tempat menarik untuk ambil gambar di sini, 

Kami (3orang) bergerak pukul 8.30 pagi, sampai around pukul 9 lebih macam tu.

Tapi memandangkan sekarang musim hujan kan, tengah sakan ambil gambar hujan turun dgn lebat tanpa segan silu, Kitaorng memang mandi habis masa tu, tp nasib baik lah puas juga ambil gambar. 

Adalah la dalam 200++ photo and video. Hahahha , target 1k gambar taw, kalah retis.
















 



Dah sakan amik gambo mesti la lapar kan, dah la mandi hujan tadi. So, as per suggested by our one closed friend,  kitaorg pergi makan dekat My Kluang. 

Makanan dia portion besar2 eh, memang makan tak habis. Aku suggest korang makan share2. 
Air kedondong asam boi sedap. Tapi manis sikit, maybe gula tertumpah, overall okay makanan dia, harga pon affordable.

Next, aku akan share macamana kitaorang g Kluang naik train. Ampunkan patik kalau lambat post, sebab menulis ikot mood. K bye. Assalamualaikum WBT. 

Total Hangus bahagi 3 orang 

Entrance Fee : RM 5 / sorang

Minyak & Tol (balik je kitaorg lalu lauan tol) Rm 50 / 3org : RM RM 16 / sorang (tapi kawan i lanje minyak, so sebenarnya bayar tol je RM4.50 hihi) 

Makan  : RM 68/3 org :  RM 22.60 /sorang

∑Roughly RM 44 /Sorang. 

No comments:

Post a Comment