Sunday 16 April 2023

RESEPI TART CUBE (ILHAM DARI CHE NOM)

Assalamualaikum,

Salam 2023, raya dah nak dekat ni, tahun ni kuih raya buat ke beli? 

Tahun ni extra rajin , maka terhasillah tart cube

Resepi ni cedok dari che nom tart gulung nenas, tapi ada tambah extra bahan untuk bagi sesuai jenis yang cube ni , rasa tetap sama sedap cair dimulut

Quantity Tart untuk resepi ni 110 pcs (dapat 1 1/2 balang yang besar)

Bahan-bahan

1. Jem Nanas - beli shopee (sedap recommended - link shoppe Link jem nanas sedap ←
2. Bekas Cube - beli shopee (beli 2 -3 bekas cepat sikit kerja) Link bekas tart cube
3. Paper cup - size 6 cm (110 pcs) - beli kat bakeri/supermarket
4. Hiasan sapuan atas tart 

-Kuning Telur 2 biji
-pewarna kuning 1 titik

5. Bahan-bahan untuk tart

125 gram butter, premium Anchor butter unsalted
*(butter boleh guna Anchor /Ausicous unsalted both sedap)

1 sudu besar gula kastor 
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
**1 3/4 cawan tepung gandum + extra 1 sudu besar tepung gandum 
(kuantiti tepung telah diubah dari original resepi che nom 1 3/4 je jadi rapuh bila buat bentuk cube)

**1/4 cawan tepung jagung
**1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil garam halus, (kalau guna unsalted butter)
pewarna kuning 1 titik untuk bagi warna cantik, kalau tak terlalu pucat

Cara2 
  1. Cara-cara untuk buat tart:
    1. Mix guna mixer elektrik mentega yang dah keluarkan 30 mins awal dalam suhu bilik  dengan gula castor hingga tukar warna putih atau berkrim.
    2. Satu kan dan kacau kuning telur, minyak sapi dan garam , tuang ke dalam bekas mentega & gula yang dah dipukul, balik-balik kan sahaja, jangan kacau. 
    3. Satu kan semua bahan ** , gaulkan sebati di dalam bekas lain, dan masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh dan adunan tak melekat pada tangan, Biarkan adunan rehat seketika dalam 5 minit.
    4. Masukkan separuh doh ke dalam acuan tart cube, tekan-tekan dan ratakan sekeliling supaya tiada rongga kosong pada acuan cube tersebut. Masuk kan inti nenas di tengah2 , jangan kedekut inti nanti tak sedap. Lepas masukkan inti tekan sedikit ,dan masukkan lagi separuh inti sehingga tutup inti nenas. 
    5. Masukkan acuan yang telah di isi di dalam peti sejuk beku ,bahagian atas selama 20 minit
    6. selepas 20 minit keluarkan dari adunan dengan tekan bahagian acuan dari atas untuk keluarkan, 
    7. Susun di atas tray ,Tak perlu letak baking paper. Tak perlu jarak sangat sebab kembang sedikit je
    8. Sapukan sapuan kuning telur di atas tart, elakkan dari jatuh atas tray kalau tak nak tart melekat pada tray.
    9. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, dan biarkan selama 20 minit, selepas 20 minit masukkan tart dan bakar selama 20 minit bakar menggunakan api bahagian atas sahaja dan 5 minit bakar api bawah.
    10. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan susun di dalam paper cup. 
    11. Salotep tupperware untuk elak masuk angin. 
Selamat mencuba dan selamat hari raya aidilfitri ,semoga bermanfaat

Contoh : isi separuh kulit tart , masukkan inti di tengah dan tutup dengan kulit tart sampai penuh
Dah keluarkan dari fridge rupa dia mcm ni, sapu kuning telur

Panas kan oven 175' selama 20 minit , baru masukkan tart & bakar

Rupa lepas bakar, dah sejuk baru masukkan dalam paper cup

Adunan ni dapat sebalang penuh & separuh balang size sama

Dah siap, nanti jangan lupa salotep keliling tak nak bagi masuk angin



No comments:

Post a Comment