Wednesday, 29 December 2021

RESEPI PUDING JAGUNG - 1ST TIME BUAT MESTI JADI (RESEPI CHE NOM)

 Assalamualaikum,

Harini nak share resepi ,yang buat confirm jadi,

First time buat & makan sebab fav suami, selalu buat yang guna agar2 tu. Tapi resepi ni guna kastard je.

Resepi ceduk dari Che Nom.


Tukang kritik akak sendiri, hihi , habis separuh loyang dia sorang makan. Sedap la tu agaknya. 😆

Bahan2 dia mudah je nak cari, jom mula.


Bahan2

Bahan (A)

1 tin jagung manis berkrim (amik yang jagung hancur tu)

Bahan Kisar (B) 

1 cawan tepung kastard

3/4 cawan gula (kalau suka manis amik 1 cawan, tp sukatan ni pon dah cukup manis dah ni)

1/2 cawan susu cair 

2 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu kecil garam

1 kotak santan 200ml + 2 cawan air kosong (ATAU 3 cawan santan perah )

1 1/2 sudu besar majerin (apa2 brand bole)

Bahan (C)

Majerin sapu dekat loyang (supaya senang keluarkan puding nnt)

Loyang (apa2 size yang bersesuaian)


Cara2 Masak

1. Masukkan semua Bahan B di dalam blender dan kisar. Biar adun sebati. 

Keluarkan bahan blender dan masuk kan 1 tin jagung (Bahan A). Gaul guna spatula

2. Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat.

3. Kemudian masukkan pula majerin dan kacau sehingga sebati. Tujuan nak bagi puding berkilat gitew.

4. Sapu loyang dengan sedikit majerin, tuang adunan ke dalam loyang, Biarkan sejuk di dalam suhu bilik sebentar dan masukkan ke dalam fridge, 


Sedia untuk dihidang 


No comments:

Post a Comment