Tuesday, 14 August 2018

CERMIN KERETA MYVI RETAK (INSURANCE COVER)

CERMIN BELAKANG KERETA MYVI RETAK  DUE TO OVERHEAT (INSURANCE COVER -ETIQA)



Hi, assalamualaikum semua, selamat petang.

Hari ahad baru ni, cermin kereta aku pecah seribu. Memang retak habis, tak dapat nak selamat kan dah. Al kisah, biasa kalau park tempat open aku biasa pusing kan guna outdoor air, so that heat akan circulate luar and dalam kereta. Benda dah nak jadi kan, hari kejadian aku terlupa nk tukar, so udara dalam kereta tu tak circulate dengan udara luar, And happend that day panas giler, kau basuh baju comfirm kering punya,

Ok, dah banyak sangat melalut. Point yang aku nak cerita ialah apa yang perlu kita buat jika cermin kereta pecah dan macam mana nak claim insurance. This post especially for girls out there supaya jangan kalut bila benda-benda macam ni berlaku,

1. For my case, cermin aku pecah secara tiba-tiba. It happened suddenly, tak ada orang baling batu ke, mesin rumput ke. None at all, dia pecah dengan tiba-tiba

* untuk case cermin pecah terkena batu sebab pak cik mesin rumput, tu kena kena mintak syarikat mesin rumput tu cover.

2. Bila dah pecah tu jangan panik, bawak perlahan-perlahan kereta tu ke tepi jalan. Tengok keadaan cermin, kalau ada sikit je lubang , korang tampal la dengan sticker ke apa. Tapi kalau dah retak macam kes aku ni, memang tak dapat la den nak tolong, Untuk cermin pecah seribu ni, kalau kereta korang ada tinted okay lagi, kaca tu melekat dekat tinted, kalau tak memang berderai la kaca jatuh.

3. Call syarikat insurance kereta korang, tanya macam mana cover tak insurance, just in case korang tak ingat insurance korang tu cover ke tak windscreen ni. Biasa memang ada windscreen cover.

4. Call kedai cermin kereta berdekatan, korang google la sambil-sambil kat tepi jalan tu. Kalau kat Johor, aku suggest Dr Cermin (Kampung Bendahara) & Uniweld Trading Sdn Bhd (Kebun Teh, berdekatan dengan Ad's Corner), tanya berapa harga untuk tukar cermin. Riki2 harga dulu, compare mana murah.

Quote yang aku dapat dari Dr Cermin RM450 siap pasang untuk cermin belakang, Uniweld Trading Sdn Bhd RM320 je, so aku decide pergi Uniweld since dia lagi murah.

5. Dokumen yang diperlukan untuk cover insurance Etiqa ada sedikit kelonggaran, korang hanya perlu bawa Lesen & ic copy pemilik dan juga policy insurance copy, tapi dia nak tengok bahagian yang cover windscreen je, yang lain dia tak nak pon. Kalau insurance lain perlu bawak geran kereta, Etiqa tak perlu itulah kelonggran untuk pengguna Insurance Etiqa,

6. Proses nak ganti cermin ni, mula dia akan ketuk cermin korang yang dah retak tu, vaccum bahagian dalam kerusi dan luar, then pasang glue/silicon untuk lekatkan cermin baru. Untuk 3 hari ni, korang DILARANG untuk basuh kereta dan juga pasang tinted kereta. After 3 days, barulah la boleh buat. TAK ADA BAYARAN PERLU DIBUAT, kalau ada yang mintak duit tu nak menipu la tu kerja nya.

*Masa diambil untuk pasang dalam 2 jam je nak pasang cermin ni;
*Make sure kedai cermin tu ialah Panel Insurance

Contact No:

1. Uniweld Trading Sdn Bhd 07-2224336
2. Dr Cermin Kg Bendahara, Johor 019-7989437

Harap membantu, Terima kasih



1 comment: