Thursday, 26 July 2018

PROSEDUR UNTUK MEMBAWA KELUAR KAPAL

Hi, harini aku nk cerita proses nak bawak kapal keluar.

A - tugboat yang tarik kapal
B - kapal yang di tarik

  1. Dapatkan single voyage dari negara kapal didaftar, kalau kapal didaftar di Indonesia, kena minta single voyage dari Jabatan Laut Republik Indonesia. (dokumen diperlukan all trading certificate indonesia). Kalau kapal Malaysia (korang perlu dapatkan single voyage dari Ibu Pejabat Laut di Port Kelang).*Nota : nak tahu kapal di daftar di mana tengok dekat vessel registry certificate. 
  2. Buat condition survey oleh surveyor yang diapprove oleh Jabatan laut Malaysia sahaja          (cth : BV -Bereau Veritas). (untuk kapal B sahaja)
  3. Buat towing certificate (ni pon kena refer Jabatan Laut, cari surveyor company yang diapprove sahaja, kalau tak sia-sia je keje korang). (untuk kapal B sahaja)
  4. Towing arrangement plan, ni biasa company yang buat towing certificate akan buat. (gambar cara kapal akan ditarik, gamba kapal A & B)
  5. Towing tugboat trading certificate & insurans yang cover kapal korang yang nak kena tarik tu. Kalau towing tugboat tak cover insurans kapal korang, make sure kapal korang ni insurang masih valid.
  6. Lepas dah dapat 5 document yang aku highlight tu, korang pergi la menghadap Jabatan Laut mengikut negeri korang untuk dapat kelulusan tiada halangan untuk berlayar. Bawak semua dokumen tu , lagi bagus semua print color, bawak juga surat permohonan untuk bawak keluar kapal dari syarikat korang ke Jabatan Laut tersebut,  (highlightkan bila tarikh kapal nak keluar,details kena la lengkap & bawak supporting dokumen yang aku dah highlight kat atas (point no 1 - 5), jangan buat kerja sia-sia),
  7. Dah dapat kelulusan dari Jabatan Laut Negeri, buat clearance dekat Jabatan Laut tempat kapal yang nak kena tarik tu buat inward. Mesti buat di tempat kapal buat inward ya.
  8. Dah dapat kelulusan dari Jabatan Laut tempat kapal yang nk kena tarik tu buat inward, pergi ke kastam untuk dapatkan port clearance.
  9. Dah dapat port clearance, kena bagi dekat Master kapal tugboat yang tarik, (*bagi yang original).
  10. Port clearance bertahan untuk 48 jam sahaja. dalam masa yang dah ditetapkan tu kapal kena chow ke tempat yang dituju. 


Sekian,

Kalau ada nak tambah info, comment below, aku akan update.  Maybe ada details yang terlepas. Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment