Friday 28 October 2022

RESIPI IBU IKAN BAWAL SAMBAL (2 ORANG MAKAN)

Assalamaualaikum wbt

sejak dah kahwin ni nk masak rasa tak confident je, dulu masak untuk ibu abah okay je ahahah

tp bila nak masak untuk laki auto tak confident, haruslah call ibu balik tanya resipi

punya nervous nk hidang kat laki takut x sedap 😅 , korang macam ni jugak ke?? 


BAHAN-BAHAN

Bahan A (Blender semua bahan)

  1. 4 ulas bawang putih
  2. bawang besar 1 biji
  3. sos tiram 1/2 sudu
  4. sos cil 1/2 sudu
  5. gula 1/2 sudu
Bahan B

  1. Lada blender - 1 1/2 sudu besar
  2. tomato 1 biji (untuk kurangkan pedas) - terpulang citarasa masing2 tak nak letak pon tak apa
  3. Ikan Bawal 
  4. Tepung Sari Aji (Pedas -paket merah)
  5. Gula
  6. Garam
Bahan C (Hiasan)

  1. bawang merah 1/2 biji (potong bulat untuk hiasan)
  2. cili merah 1/2 batang (potong serong, untuk hiasan)
Cara Masak ;-


  1. Salut ikan bawal yang telah disiang dengan tepung sari aji. Masak sampai masak dan ketepikan.
  2. dalam kuali lain, panaskan minyak, tumiskan bahan blender biar naik bau dan agak kekuningan. Masuk kan cili blender , masak sampai naik minyak.
  3. Masuk kan tomato, ikan bawal.
  4. Tomato dah lembik sedikit, masukkan bawang merah potong separuh, gula,garam.
  5. Semasa nak hidang, lepas tuang kuah atas ikan, hias kan dengan bawang merah potong dan cili merah.
Sedia untuk dimakan,

No comments:

Post a Comment