Saturday, 4 April 2020

CARA MEMBUAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP (KWSP ACCOUNT 2)

Assalamulaikum WBT.

Harini aku malas nak mukadimah panjang-panjang. Baca tajuk pon dah tahu kan aku nak cakap pasal apa.

Yes, disebabkan penularan Wabak Covid-19 ni , pihak kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dengan membenarkan pengeluaran wang KWSP Account 2.

Tiada PAKSAAN, kalau ko tak nak keluarkan suka hati la nak,

Jom aku explain kat bawah. (Khas untuk yang dah ada account KWSP e-pengeluaran sahaja, yang belum buat tu hangpa pi la daftar dulu ye).



1. Pertama sekali pergi ke website KWSP, klik sini KWSP LOGIN , dan key in Id Pengguna & Password.

Log Masuk :  key in ID Pengguna & Password.
Key in Id Pengguna dan Password , yang belum ada account, sila la daftar dulu. 


2.  Dah berjaya Login, klik pada menu pengeluaran/withdrawal. Refer gambar di bawah, aku dah siapkan numbering. 


Clik pada Menu Pengeluaran

3. Next, klik submenu , dengan belah kiri tu , No 3. e-pengeluaran. 

4. Dah klik e-pengeluaran, akan ada paparan macam No.4, Klik Permohonan Baru.

Nota : Aku punya dah appear i-lestari dalam box tu ,sebab dah apply, ni saja nk tunjuk kan korang step by step.



Klik No 3 e-pengeluaran , next Clik No 4 Permohonan Baru 

5. Akan keluar paparan seperti di bawah ni, pilih dekat drop-down menu , Cari I-lestari.
6. Clik Seterusnya. 


Pilih I lestari dekat No 6, dan klik seterusnya.
7.  Korang akan nampak macam ni nanti. Refer gambar lebih senang. Akan terpapar baki simpanan Akaun 2 korang, 
Maximum pengeluaran RM500 setiap bulan, 
Tapi korang boleh je nak set berapa nak keluarkan duit setiap bulan, tapi max  RM500/bulan. (No 7) 

8. Sila isi butiran bank, pilih pilihan bank mana untuk duit dari KWSP Account 2 ke dalam Bank Pilihan korang. (No 8).

9. Masukkan no Account Bank Pilihan. (tolong double check, kang masuk Account orang lain, buat naya je. Tapi, kalau masuk account aku tak pe) (No 9). 

Click seterusnya.


No 7 isi amount nk transfer setiap bulan MAXIMUM RM 500 sahaja. 
No 8 & No 9 isi nama bank & no account bank pilihan.
10. Yes, jangan mengalah. Aku tahu nampak macam leceh, sabar la ya. 

Selepas klik seterusnya, akan terpaparlah Ringkasan Permohonan Pengeluaran. Sila lah check maklumat ,pastikan alamat, nama maklumat betul. (Refer gambar No 10)

11. Pastikan juga no telefon, bank account , no bank account, amount untuk pengeluaran adalah tepat. (check 20 kali pon tak pe, tak de sapa nak marah aih) (Refer gambar No 11)

12. Klik pada kotak kecik tu, untuk pengakuan maklumat. (Refer gambar No 12)

13. Letak no telefon korang pada bahagian xxxx tu (Refer gambar No 13)

14. Klik pada permohonan TAC (Refer gambar no 14)



15.  Dah nak siap dah ni, jangan putus asa, Yakin boleh Malaysia boleh. 
Akan keluar paparan kat bawah ni, Clik Tutup je (Refer gambar no 17)



16. TAC no akan dihantar ke no telefon yang korang dah fill up tadi, dah dapat Message dari KWSP. 
Haaa apa lagi? Key in la TAC no kat box kosong tu (Rujuk Gambar No 18).

Finally. klik HANTAR! Alhamdulillah.




17. Dah siap semua , nanti jangan lupa tulis no rujukan tu, senang nanti nak follow up dengan KWSP. (Refer No 20) 
Atau nk senang save je dalam format pdf, klik print, then choose pdf. 

Now siap, proses pengeluaran i-lestari KWSP Account 2 is DONE. (tolonglah baca guna nada Eina Azman) 




Kalau dah sampai sini, dah settle la tu, Alhamdulillah. 
Semoga bermanfaat la ya. 

No comments:

Post a Comment