Resepi Simple Puding Roti Kukus Kuah Kastard Leleh.
Bahan Puding Roti
5 Keping Roti - Disiat
Kismis
2 Biji Telur
Susu Cair -1 Tin
Mentega
Perisa Vanilla - 1 Camca Teh
Gula - 4 Sudu Besar
Loyang
Bahan Kuah Kastard
1 Tin Susu Cair
Tepung Kastard - 2 Sudu Besar
Gula - 2 Sudu Besar
Perisa Vanila - 1 Camca Teh
Cara-Cara (Puding Roti)
1. Roti yang sudah
disiat disapu dengan mentega. Susun roti di dalam loyang dan tabur kismis. Di
selang seli hingga habis roti tersebut.
2. Di dalam bekas yang
lain pula, masukkan gula, susu cair dan telur. Pukul sehingga gula larut.
Masukkan perisa vanilla mengikut sukatan dan kacau.
3. Setelah bancuhan
sebati, tapis dan tuangkan ke dalam loyang secara perlahan-lahan.
4. Biarkan sebentar.
Setelah 3 minit, roti akan menjadi lembut, tekan sedikit permukaan roti supaya
menjadi mampat.
5. Setelah air mendidih
masukkan loyang ke dalam pengkukus. Kukus selama 20-25 minit.
Cara-Cara (Kuah Kastard)
1. Ayak tepung kastard
dan tuangkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan susu cair,
gula dan perisa vanila.
3. Pukul sehingga tiada
ketulan.
4. Tapis adunan dan
masak dengan api yang kecil.
5. Sentiasa kacau
sehingga adunan menjadi pekat.
6. Tuangkan ke atas
puding roti yang sudah sejuk.
7. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment