Showing posts with label FREE MONEY. Show all posts
Showing posts with label FREE MONEY. Show all posts

Monday, 21 January 2019

Cara menggunakan SHOPBACK . Bukti duit dapat RM2931.65 (Start Dari 2019- 2023)

Update 6.4.2023 , ada RM5.99 belum withdraw nk kumpul dulu





Hai, Assalamualaikum semua,

Kat sini siapa gila shopping?Sep sikit. Korang tahu tak yang korang boleh buat duit sambil shopping. Macam mana tu? Haa nak cita la ni,

Harini aku nak ajar korang cara untuk dapatkan balik duit daripada barang- barang yang korang dah beli tu. Aku start buat dari tahun 2019 , now dah 2021.

Tapi, ada syaratnya, korang mesti beli barang tersebut melalui online/ alam maya.

Sekarang ni kan dunia di hujung jari, macam-macam barang jual online je,
Klik mana nak, masuk shopping cart, buat cashout. Settle. Tunggu la korang abang posmen hantar ke rumah.

TAPI,  yang semua orang tak tahu, sebenarnya kita boleh dapat extra money dengan shopping. Caranya macam kat bawah ni, follow step by step. jangan skip . kalau tak paham jangan salahkan aku. 👀

CARA BUAT DUIT SAMBIL SHOPPING


SIGN UP >> BROWSE WEBSITE FROM SHOPBACK >> RECEIVE CASHBACK** >> WITHDRAW

**t&c duit akan masuk after 90 days of payment & confirmation receive item.

1.
Daftar di laman web ni dahulu, klik link untuk direct ke laman web Shopback. (< korang boleh click sini untuk direct ke website). Click link sini taw, automatically korang akan dapat RM5 kalau daftar guna link ni.

2. Korang kena sign up (FREE SIGN UP). Korang akan dapat RM5, bila dah sign dari link yang aku dah provide kat atas tu. Klik login/signup. (refer arrow kat gamabr bawah ni)

Click menu sign up
3. Lepaskan tu akan keluar popup mcm ni. Jadi korang pilih nak sign up guna Facebook atau Email. Aku prefer email , so aku ajar cara guna email je la okay.

Pilih sign up by email
4. Dah click sign up by email, korang type email address dekat box yang dah disediakan tu.
Type email dekat "Enter email address"
5. Key in nama dan no telefon korang. Kenapa perlu masuk no telefon ? Sebab nanti shopback akan hantar verification no dekat no telefon korang.
Key in Nama & No telefon, dah siap click NEXT
6. Next, cuba check phone korang. Akan dapat message verification code, keyin verification code dekat dalam box tu.

7. Now, keyin password yang korang nak guna masa login nanti. Make sure hafal password ni nanti nk login lupa pula. Click next bila dah siap fill up.


8. It's Done. Dah siap semua step. Akan appear macam kat bawah ni nanti. Next kita belajar macam mana nak guna shopback & dapat duit daripada shopping pulak. 



9. Dah sign up guna link ni Shopback,  korang dah boleh start shopping dari laman web yang korang nak. Contoh kat bawah ni antara website yang tawarkan shopback. Semua famous website mostly tawarkan shopback contoh : LAZADA, FAVE,ALIEXPRESS, ZALORA, SHOOPEE etc.

10. Harini aku ajar cara nak dapat cashback guna Shopee. Cara nya click pada box search dekat bahagian atas sekali tu, then clik la korang nak beli dari website mana. Contoh type Shopee.  


Type Shopee
Atau click je icon shopee. Refer arrow bawah ni. Click Icon SHOPEE.



11.  Dah clik shopee , dia akan bawa korang ke sini.  CLICK Shop Now.

Then click "Go to shopee mobile app now", Nampak leceh kan. Hahahah, memang macam tula ,sebab korang tak biasa lagi,. Kalau dah slalu buat kacangg je.



12. Dah click situ, dia akan directly bawak korang ke website shopee. Then dah pilih2 barang. Buat payment mcm biasa. Tapi apa yang aku slalu buat ialah, lepas add barang ke shopping cart.

Aku akan bukak balik shopback and buat semula dari step no 10 dan 11 kat atas ni lepastu proceed buat payment macam biasa. Bukan apa takut tak dapat claim. Yela, kita dah bukak banyak2 tab nak beli barang. Takut link payment tu bukan dari shopback. Kan dah rugi kat situ tak dapat claim duit.. 

13.  Untuk belanja/sopping dekat Shoppee cashback/duit yang korang akan dapat balik dalam 0.50% .
Semua dia ada explain dekat shopback. Rajin-rajin kan la diri membaca. Membaca jambatan ilmu gitew. Untuk first payment guna shopback dekat shopee akan dapat 6% dari total payment. Jadi untuk 1st payment memang aku pulun beli banyak2. sebab nanti dapat balik duit tu, contoh beli barang harga RM200. Akan dapat balik cash back sebanyak RM12 .

Cara kira beli RM200
Cashback for 1st customer payment 6%
RM200-94% : RM12

tapi next time beli tak dapat dah cashback 6%, akan dapat 0.50% cashback. Okay la dari takde.
Daripada dulu bodo2 je bayar. hahah lepastu satu sen pon tak dapat claim balik. Ops terciduk kamu 😝
*note untuk shop lain, cashback tak sama, semua shop berbeza nilai cashback dia, AGODA 5%,Booking.com 6%, Busonlineticket 3%. dan banyak lagi. nanti korang explore sendiri.

14. Terms and condition untuk dapat duit dari shopee.
Baca kat bawah ni.

It takes time, benda free kan. Korang akan dapat cashback dalam masa 120 hari, sabarlah menanti ye.
Sabar tu separuh daripada IMAN.

Reason dia ada deadline 120 hari tu untuk bayar cashback korang , sebab kalau beli barang kat shopee kan boleh RETURN balik and korang boleh minta seller bayar balik kalau barang damage.
Jadi kalau korang dah dapat balik duit dari seller sebab barang damage, rugi la shopback.
Free2 je bagi korang duit. Ada faham cik adik, abang ,kakak semua?


Ni pulak do and don't masa guna shopback untuk SHOPEE je, yang lain-lain shop baca sendiri la , penat nak type. Lain kedai lain terms and condition dia.


15. Antara website lain yang boleh guna shopback, ada 500 plus shop yang boleh dapat cashback.
and now BOOST pon dah ada. Boost ni mcm beg duit korang la, korang topup duit dekat application BOOST, then boleh guna buat bayar isi minyak kat stesen minyak, bayar bill, beli tiket wayang. Guna BOOST pon boleh dapat duit uols, hahahahah. Ni nanti aku ajar lain hari la. Nanti aku tag sini link dia,. Mengikut kerajinan nak tulis la ya. Rajin2 la tengok blog aku utk dapat update terkini. (ni pon kacang je , semudah ABC)
antara list of website yang provide shopback . ada  lebih 500++ online store




16.  Antara nilai dah dapat claim duit dari shopback. Aku punya terlibat jugak la tu, aku slalu sopping kat SGshop (laman web jual barang direct dari CHINA nak blaja click sini Cara beli barang dari SGSHOP (barang direct dari china), Shopee, Hermo , AGODA, BOOKING.COM, BUS ONLINE TICKET, lain shop x penah try.


17.  Ni bukti duit yang aku akan dapat. Yang pending ada RM99.60 lagi, Belum approved lagi sebab belum sampai 90 hari. FYI duit akan masuk dekat shopback bila dah 90 hari dari tarikh pembelian. 
yang dah approve RM2.68, pending RM99.60


Add caption
Update 3.10.2019. Dah withdraw RM136.61 ,balance pending RM 373.96 uols. Hasil kaki shopping. hahha
Update 16.10.2019 Payment yang dah approve. Bila dah dapat email macam ni korang dah boleh withdraw.


latest update panas dr ladang 30.1.2020. Ni ha bukti dah withdraw RM506.53, balance lagi RM198.77 tunggu approval from shopback je. Once approve dah boleh withdraw.
ni pulak bukti amount yang dah withdraw. Minimum withdraw duit yang clear (Available Balance) kena at least RM10 ke atas ya.

update 15.6.2020 , wuhuuuu. dah withdraw RM801.91 . ada pending lagi RM167.93
Update 24.7.2020, bukan nak riak ,tp nak bagi semangat kat korang, sikit2 lama2 jadi bukit.
 
Bila korang dah dapat email dari shopback macam gambar kat atas ni. Korang dah boleh proceed untuk withdraw kan korang punya duit. Nak tahu cara nak withdraw duit? Tak kan nak biar situ je kan duit ni. Meh aku ajar on the next post.

Hi, korang aku dah update cara nak withdraw duit dari account shopback. Click link ni untuk tengok cara-cara nak withdraw okay ? ⤵

⮞Cara withdraw duit guna account Shopback


Aku listkan link kat bawah, mana tahu mood membaca turn on. Sila la baca apa yang aku membebel kat sini.

Cara beli barang di shopee

Jawab survey dapat duit

Aku terkena, scammer on carousel

Stokin Korea

Shopping SOGO dapat Cashback $$